luvbody. Powered by Blogger.
RSS

Blogger news

Showing posts with label URUTAN LEPAS BERSALIN. Show all posts
Showing posts with label URUTAN LEPAS BERSALIN. Show all posts

URUTAN LEPAS BERSALIN



Penjagaan Selepas Bersalin


Penjagaan selepas bersalin atau semasa berpantang adalah sama pentingnya ketika hamil. Tubuh si ibu memerlukan pemulihan dari segi emosi dan jasmani. Amalan tradisi adalah perlu, demi menjaga kesihatan ibu dan anak.
Amalan dan penjagaan selepas bersalin amat penting untuk mempercepatkan pemulihan si ibu. Penjagaan yang sempurna dan teratur dapat memulihkan si ibu dan anak menjadi sihat dari segi emosi , fizikal dan rohani. Untuk wanita pemulihan kejelitaaannya khusus dari segi paras, rupa dan bentuk badan serta pemulihan organ sex perlu diamalkan supaya kekal sihat dan kekal bahagia bersama suami tersayang.

Ketika hamil sehingga melahirkan anak, berlaku perubahan fizikal dan emosi. Antara perubahan yang sangat ketara ialah berat badan yang semakin meningkat. Di samping itu perubahan fisiologi juga kerap berlaku seperti kandungan cecair darah meningkat, denyutan jantung yang kuat dan lebih kerap, tekanan darah dan pernafasan yang meningkat lebih dari biasa, kulit yang menjadi renggang dan retak, timbul urat pada kaki serta perubahan mungkin berlaku di peringkat biokimia sel atau tisu badan.


Ketika bayi dilahirkan pula, wanita mengalami suatu perubahan agak serius yang boleh dianggap sebagai kecederaan. Ini disebabkan oleh proses kelahiran bayi yang perlu melalui saluran kemaluan yang sempit. Ini menyebabkan saluran ini renggang dan kadangkala cedera, walaupun begitu keadaan ini dianggap normal.

Kehamilan dan kelahiran juga akan mengganggu hubungan kelamin. Perubahan fizikal isteri mungkin menyulitkan perhubungan ataupun mengurangkan kelesaan. Selepas lahir pula, perhubungan kelamin tidak digalakkan untuk sementara waktu.

Waktu puerperium atau waktu pantang yang biasanya selama 42 hari dianggap sebagai waktu pemulihan dariapada semua gejala kecederaan, tekanan jiwa dan mental serta pemulihan fungsi kewanitaan. Pada ketika ini juga rahim pula kuncup dan mencerut kepada saiz yang kecil seperti keadaan sediakala. Proses ini digelar involution. Proses pemulihan boleh dipercepatkan dengan beberapa cara yang diamalkan oleh wanita sendiri dan kadangkala ini boleh dipendekkan sehingga jangka waktu empat minggu, manakala sesetengahnya pula mengambil masa yang lebih lama sedikit iaitu lapan minggu. Secara puratanya, jangka waktu enam minggu adalah mencukupi.


Keadaan dan tahap kesihatan serta pemakanan ketika hamil dan melahirkan anak adalah penting dan mesti diberi keutamaan supaya proses pemulihan boleh berlaku dengan cepat. Jika seseorang wanita itu mengalami masalah kekurangan makanan dan keadaan kesihatannya tidak baik, nescaya proses pemulihan akan mengambil masa yang lebih panjang.

Penting dinyatakan segala masalah kesihatan perlu diberi rawatan yang sewajarnya ketika wanita itu hamil. Penting juga baginya mendapat makanan yang seimbang khususnya makanan yang mengandungi lebih zat protein seperti daging, ayam, ikan, telur dan sumber makanan yang mengandungi banyak vitamin seperti buah-buahan dan sayur-sayuran. Pil vitamin dan zat besi perlu dimakan ketika hamil untuk menentukan keadaan darahnya mencukupi.

Makanan yang mengandungi banyak protein dan vitamin perlu dimakan selepas bersalin. Amalan pantang larang makanan perlu dielakkan kerana ini boleh menjejaskan proses pemulihan luka pada rahim dan pada saluran kemaluan. Begitu juga proses pemulihan.

Amalan Semasa berpantang.
Mengikut tradisi masyarakat melayu tempoh berpantang memakan masa 44 hari dan ada juga yang sampai 100 hari, dalam masa berpantang banyak perkara perlu  dilakukan untuk pemulihan sistem tubuh badan dan sistem pemprosesan organ peranakan antaranya :

*  Minuman herba
*  Mandian tradisional akar kayu/rempah
*  Bertangas/bertungku
*  Barut/tempel
*  Urutan lepas bersalin
*  Berbekung.
*  Pilis

Kebaikan Urutan Selepas Bersalin.


* melancarkan perjalanan darah
* mengeluarkan darah (lokia)yang terperangkap dan    tertakung;
* menaikkan rahim
* membetulkan urat tegang, terputus atau yang terkeluar dari tempatnya;
* memecahkan lemak;
* mengetat dan membentuk tubuh;
* mempercepatkan proses pemulihan keseluruhan selepas kerja keras melahirkan anak.
* urutan selepas bersalin juga mampu memulihkan payudara disamping melancarkan susu ibu.

Kebaikan Berbekung
* Mengekalkan bentuk badan
* Mengelak dari perut menjadi buncit
* Mengekalkan suhu badan
* Mencantikan kulit perut yang telah kelihatan kendur akibat dari hamil.

Kebaikan Bertungku/bertangas

* Mengecutkan rahim
* Memecahkan lemak
* Melancarkan peredaran darah
* Mengelak suhu badan dari turun
* Menghalang pembentukan angin dalam tubuh


Kebaikan Pilis 
Pilis ialah campuran herba yang diproses dan disapukan didahi
* Mengelak dari mengalami terasa pening akibat dari kehilangan darah ketika bersalin.
* Mengelak berlakunya rabun
* Dipercayai dapat menghindar dari meroyan.
* Dapat menenangkan emosi yang bercelaru kesan dari kelahiran.

Kebaikan Mandian Herba
* Dapat mengembalikan kesegaran tubuh dan urat saraf
* Mengurangkan berat badan
* Membuang toksin
* Mengecutkan peranakan
* Mewangikan tubuh dari hanyir.



BACA LAGI :

URUTAN TRADISIONAL
: LEMAH TENAGA BATIN
: TIP LAMBAT PANCUT

SAKIT BELAKANG
LEMAH SYAHWAT




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

TIP MUDAH BERSALIN



Kelahiran adalah sesuatu yang amat dinantikan oleh setiap pasangan yang berkahwin, walaubagaimanapun kelebihan menahan sakit bersalin ini diberikan kepada wanita dan hanya wanita yang telah bersalin mengetahui betapa peritnya menahan sakit ketika bersalin.

Para para ibu yang pernah bersalin dan bakal bersalin untuk kali pertama biasanya akan tertanya bagaimana untuk melancarkan proses bersalin agar kesakitan tidak keterlaluan.

Untuk jawapan persoalan disitu admin dengan sukacitanya ingin berkongsi tips dan amalan semasa hamil.

1.   PENGETAHUAN

Rajin rajin lah cari pengetahuan tentang proses kehamilan sehingga bersalin. Banyak sumber sumber yang boleh di baca.

 2.  ROHANI DAN MENTAL

Para para ibu yang sedang hamil perlu yakin kemampuan diri dan sentiasa berfikiran positif. Dengan keyakinan yang anda ada akan menaikkan semangat diri. sentiasa berdoakepada Tuhan agar dipermudahkan segala proses kehamilan sehingga bersalin.

3.  FIZIKAL.

Semasa didalam kehamilan kesihatan tubuh badan adalah amat penting.  Lakukan aktiviti yang dapat menguatkan otot otot sendi bagi melancarkan proses bersalin. Banyakkan bersenam dan pengambilan diet yang seimbang supaya sentiasa sihat dan ceria.

4. TENANGKAN DIRI

Semasa dalam kehamilan apajua keadaan belajar untuk bertenang. Banyakan selawat dan zikir sebagai penambah keyakinan dan semangat. Dapatkan sokongan moral dari suami. Belajar mengawal pernafasan.

5. MAKAN SEBELUM BERSALIN.

Proses bersalin ini memerlukan tenaga yang banyak, kekurangan tenaga akan menyebabkan permasalahan semasa bersalin. Anda akan dapat jangka proses bersalin akan berlaku bila bila masa, jadi sebelum ia berlaku makan lah walau sedikit sebagai sumber tenaga.




6. MILO DAN TELUR AYAM KAMPUNG

Pengambilan telur ayam kampung dan air milo sangat membantu semasa proses bersalin kerana ayam kampung telah diketahui sebagai pemulih tenaga.











7. KACANG BENDI

Kacang Bendi telah diketahui umum mepunyi lendir dan kaya dengan 90% air dan kalsium, ia juga sebagai penawar sembelit. Amalkan pemakanan Kacang Bendi sebagai Ulam atau apa apa asakan yang tidak terlalu masak untuk mengekal kan Lendir dalam membantu proses bersalin.







8. AIR ZAM ZAM DAN KURMA

Air Zam zam dan kurma telah diketahui umum sebagai pelbagai penawar malah kandungan yang terdapat didalam nya berkhasiat dan mempunyai sumber sumber yang dapat djadikan ubat.






  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

TIP ATASI KENTUT VAGINA


Apa itu kentut vagina?

Ia adalah keadaan di mana terasa seperti angin yang keluar daripada faraj terutama ketika sedang banyak bergerak, bangun dan duduk seperti ketika solat. Pada ketika ini, ramai wanita was-was sama ada angin itu keluar melalui dubur atau melalui faraj.

Daripada segi fisiologinya, vagina adalah tiub yang berotot dan berdinding membran sepanjang 7-9cm yang menghubungkan pangkal rahim ke bukaan faraj. Bukaan ini dikawal oleh beberapa otot kemut sama seperti otot yang mengawal bukaan dubur dan salur kencing.

Dalam keadaan biasa, tiub ini berada dalam keadaan tertutup dan kempis dan tidak mengeluarkan sebarang angin melainkan seorang wanita itu mempunyai masalah fistula (lubang penyambung), antara rektum (usus besar) dan vagina akibat pembedahan antara usus dan faraj. Keadaan ini menyebabkan angin dari usus besar dapat memasuki faraj.

Dari segi saintifik vagina adalah satu tiub berotot dan berdinding membran sepanjang 7-9 cm yang menghubungkan pangkal rahim ke bukaan faraj. Biasanya angin akan masuk melalui kelopak besar labia (labia majora) jika rahim anda dikatakan longgar. Dalam keadaan biasa angin tidak boleh masuk melalui sini.

Kentut vagina boleh berlaku bila otot-otot kemut sudah hilang keanjalan lagi, masalah peranakan jatuh ataupun disebabkan oleh proses melahirkan yang berulang kali. Biasa dengar kan bila kita dalam tempoh berpantang, mak kita dulu suruh “sengkak” kan. Iaitu untuk angkat peranakan yang dilakukan oleh bidan. Yang bab sengkak tu Mak Jemah tak berani nak komen lebih sebab tidak pasti dari segi perubatan dibolehkan atau digalakkan atau tidak.

Bila kita faham yang vagina adalah satu tiub berotot, jadi secara lojiknya jika ia sudah mula kendur, banyak masalah yang akan berlaku seperti vagina yang boleh dimasuki angin yang akan menghasilkan keadaan seperti kentut. Masalah lain bagi rahim longgar adalah kencing tidak lawas. Sebab itulah sebagai wanita kita digalakkan berdehem semasa membuang air kecil untuk membolehkan saki baki air kencing dapat keluar dengan sepenuhnya.

Otot peranakan lemah selepas bersalin

Bagi kebanyakan wanita yang sudah melahirkan anak, kentut vagina berlaku adalah kerana disebabkan otot-otot kemut di bahagian vagina menjadi lemah, berlakunya masalah peranakan jatuh atau juga disebabkan masalah pengawalan pundi kencing.

Hukum solat dan wuduk wanita keluar angin

Ada berbeza pendapat mengenai hal ini.

Mazhab Syafie menyatakan batal wuduk berdasarkan hadis,

عَنْ َعبَّادِ بْنِ تَمِيْمٍ عَنِ النَّبِىِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : لاَ يَنْصَرِفْ حَتَّى يَسْمَعَ صَوْتاً أَوْ يَجِدَ رِيْحاً
‘Abbad bin Tamim melaporkan daripada Nabi s.a.w yang berkata, “Jangan seseorang berpaling iaitu meninggalkan solat sehingga ia mendengar bunyi kentutnya atau tercium baunya”.
Hadis direkodkan oleh Muslim dan Bukhari.
Manakala sesetengah ulama berpendapat tidak batal wuduk dengan hujah nama angin yang keluar ataupun sebutan fasa dan dharat hanya berlaku kepada sesuatu yang keluar dari dubur. Maka sesuatu yang keluar dari faraj hanya seperti belahan dan tidak terbatal wuduk.

Oleh kerana mengambil sikap berhati-hati dalam beribadah, maka elok saja kiranya wanita tersebut mengambil wuduk semula.

Cara mengurangkan angin keluar dari faraj:

1. Berdehem (batuk kecil) sekurang-kurangnya tiga kali selepas membuang air kecil

2. Membasuh alat kemaluan dengan cermat dan sempurna

3. Mengelap faraj sehingga kering dan menutupi ruang kemaluan dengan tisu, kain ataupun yang dapat menutupi ruang disekitar faraj dengan rapat menggunakan tuala pelekat (pantyliner) yang nipis dan bersih.

4. Memakai seluar dalam yang kemas supaya udara tidak boleh keluar masuk sebelum berwuduk dan menunaikan solat.

5. Ambil wuduk setiap kali ingin solat

Petua Mengatasi Peranakan Longgar dan Mengurangkan Kentut Vagina


Senaman Kegel

Senaman Kegel atau kemutan ini dapat melansingkan corong faraj yang lega dan menyempitkan pembukaan faraj yang renggang itu. Dengan corong faraj yang sempit dan kemas, angin tidak mudah masuk ketika wanita bergerak atau ketika hubungan kelamin berlaku,

Amalan ini dapat membantu melangsingkan otot kemutan dan dan dapat membantu dalam mengintimkan semula hubungan suami isteri.
Cara Mengatasi Kentut Vagina Atau Angin Faraj
Kentut vagina atau masalah angin keluar melalui faraj adalah salah satu masalah yang kerapkali mengganggu wanita sama ada dari segi fizikal dan emosi.

Ramai wanita rasa was-was sama ada terbatal wuduk atau solat dan risau akan penerimaan suami di kala bersama. Malah ada juga wanita yang mengalami masalah faraj yang berbunyi ketika berjalan atau bergerak disebabkan angin itu tadi. Kedaan ini sudah tentu sesuatu yang amat memalukan.

Cara:

1. Sewaktu membuang air kecil, buat kemutan bagi menghentikan aliran air kencing secara tiba-tiba. Tahan dan kira hingga bilangan 10 sebelum melepaskan baki kencing seperti biasa.

2. Otot pada pangkal rahim anda cukup kuat jika dapat menahan kencing tanpa menggerakkan kaki.

3. Lakukan kaedah ini semasa pundi kencing anda telah kosong. (Di larang menahan kencing kerana tabiat ini boleh menyebabkan masalah kencing tak lawas)

4. Tahan otot selama kira-kira 10 kiraan, rehatkan semula dalam kiraan 10. Dan ulangi semula sebanyak 4 kali pada satu sesi.

5. Lakukan teknik no.4 sebanyak 3 sesi dalam sehari


6. Lakukan senaman ini dimana-mana yang anda selesa tidak kira semasa berehat, menonton tv, membaca buku, sedang memandu, berjalan atau berdiri.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

TIP BAYI COMEL DAN PINTAR





Amalkan baca Surah Yusuf dan Surah Maryam.dari mula mula awal kehamilan. sampai bersalin.. (Surah Yusuf untuk dapat anak lelaki yang cantik rupa dan akhlak.. Surah Maryam untuk memudahkan bersalin..)

Makan kurma dan kismis.. Ni juga amalkan diawal kehamilan sampai bersalin.. kurangkan makan makanan ringan atau jajan, Kurma & kismis bagus untuk otak baby..

Minum sarang burung.. sangat baik jika diamalkan sebab ia akan menjadikan kulit bayi cerah, halus serta badan bayi jadi lebih kuat berbanding bayi yang lain dan ibu jugak pulih cepat selepas bersalin..

Minum air kelapa.. ketika usia kandungan dari 7 bulan , kebaikannya menghaluskan kulit bayi dan memudahkan proses bersalin

Minum air soya.. Untuk memutihkan kulit bayi.

Banyakkan makan buah buahan tempatan yang banyak kandungan air seperti tembikai, tembukai susu dan lain lain

Semasa dalam hamil banyakkan buat latihan matematik atau berfikir menyelesaikan masalah pelajaran anak2 lain..disamping itu sedikit sebanyak mempengaruhi minda bayi yang dikandung. InsyaAllah..


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS